Dayyum! Itu yang mampu OHBULAN! ucapkan selepas melihat gambar-gambar ‘awesome’ Julie Woon yang hanya memakai ‘bra’ dan ‘panties’ dengan aksi yang ghairah bersama seorang model lelaki.
Masih tidak faham dengan motif gambar tersebut, samada untuk melariskan jualan ataupun wanita memakai ‘bra’ dan ‘panties’ memang mempunyai kaitan dengan kesihatan lelaki. Ada sesiapa yang boleh terangkan pada kami?
OHBULAN! tidaklah kisah sangat dengan kontroversi yang dicetuskan ini. Namun Julie Woon memang sinonim dengan industri hiburan tanahair dan ramai peminatnya datang dari golongan Melayu termasuklah kami sendiri. Kami lelaki sejati, mestilah minat. Kannn.
Tapi, OHBULAN! dapat rasakan bahawa edisi terbaru majalah “Men’s Health” ini memang sihat untuk dibaca. Mungkin banyak tips yang boleh kaum lelaki aplikasikan dalam kehidupan seharian. Apa tunggu lagi, dapatkan senaskhah di pasaran sekarang!
Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét