Thứ Tư, 29 tháng 2, 2012

Permit Konsert Erykah Badu Ditarik Balik

Konsert Erykah Badu yang sepatutnya berlangsung malam ini di Pusat Konversyen Kuala Lumpur menemui jalan buntu apabila permitnya telah ditarik balik oleh pihak kerajaan, hari ini. Pihak penganjur Pineapple Concerts telah menyalahkan akhbar The Star kerana menyiarkan gambar tidak rasmi penyanyi tersebut sehingga membangkitkan sentimen masyarakat. Pihak penganjur menambah lagi, mereka telah menghubungi wakil akhbar dan pihak akhbar sudah memohon maaf.

Setakat ini, pihak penganjur masih belum membuat sebarang keputusan untuk mengambil tindakan terhadap pihak akhbar terbabit. Erykah turut akur dengan keputusan kerajaan serta menghormati sensitiviti dan pegangan agama rakyat Malaysia.

Penganjur dikatakan menangungg kerugian namun jumlahnya tidak didedahkan. Peminat boleh mendapatkan semula wang tiket melalui wakil jualan AirAsiaRedTix.

Erykah nyata kecewa, namun dia berharap agar diberikan peluang untuk mengadakan konsert di sini kelak. Konsert di Indonesia masih berjalan seperti biasa

 


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét