Thứ Tư, 29 tháng 2, 2012

Cahayamata Sulung Mawi & Ekin Bernama Cahaya Malaika

Tahniah OHBULAN! ucapkan pada Mawi & Ekin yang telah dikurniakan puteri sulung dalam keluarga. Apa yang menarik disini, nama anak perempuan pertama mereka sangat unik iaitu, “Cahaya Malaika”.

Nama yang bermaksud “cahaya permaisuriku” telah lama difikirkan oleh mereka berdua namun selepas bayi sulung mereka dilahirkan, Mawi & Ekin setuju untuk gunakan nama “Cahaya Malaika”.

“Nama itu kami berdua yang pilih. Selepas dapat tahu Ekin hamil anak perempuan, kami mula mencari nama yang sesuai. Lama juga hendak buat keputusan, tapi selepas anak saya selamat dilahirkan semalam, saya dan Ekin setuju gunakan nama ‘Cahaya Malaika’ itu.” dipetik dari Gua

Buat mass ini, masih tiada lagi gambar bayi Mawi & Ekin. Mereka berdua memilih untuk merahsiakan dahulu dan berkemungkinan besar akan mendedahkan wajah bayi mereka di majlis kesyukuran dalam waktu terdekat.

“Saya tahu ramai peminat yang ingin lihat anak saya, tapi tunggulah dahulu. Buat masa ini saya dan Ekin tidak selesa hendak berkongsi. Wajah bukan hendak sembunyikan selama-lamanya, tapi saya menunggu waktu yang sesuai. Mungkin saya benarkan pihak media rakamkan gambar anak ketika saya buat kenduri kesyukuran nanti.” – Mawi

Semoga bahagialah Mawi & Ekin ke akhir hayat.

Sumber berita : Gua

 

  • No related posts.

  • Link to full article

    Không có nhận xét nào:

    Đăng nhận xét