Thứ Tư, 29 tháng 2, 2012

Amukan Pocong Dahagakan Darah 13 Gadis Sunti!

Selepas drama “Santau Merasuk” menutup tirai, nantikan kemunculan drama bersiri terbaru slot SERAM, “AMUKAN POCONG” terbitan Padi Pictures Sdn Bhd yang akan mula bersiaran pada 15 Mac 2012, setiap hari Khamis jam 9.30malam, di TV3. Drama mengisahkan Long Husin, seorang kaki judi dan 2 orang rakannya yang sanggup melakukan apa sahaja demi memenangi pertaruhan terbesar termasuklah menjalankan upacara ilmu hitam selepas berjumpa dengan bomoh Siam.

Walaupun berjaya mendapat habuan besar pertaruhan, namun tindakan mereka juga telah membangkitkan pocong yang kini berkeliaran ganas dan menuntut darah 13 gadis sunti seperti yang telah dijanjikan sebelum ini. Lebih tragis, tidak lama kemudian Long Husin sendiri terbunuh dan ilmu hitam yang telah memakan diri menyebabkan jasad dan rohnya tidak aman sehinggakan terpaksa menanggung akibat menjadi pocong yang digeruni semua penduduk kampung.

Mala bermula kisah ngeri Long Husin yang kini harus mencari dan membunuh 13 gadis sunti untuk melunaskan janji yang pernah dibuat dengan syaitan akibat dorongan perasaan tamak haloba. Siapakah yang bakal menjadi mangsa amukan si pocong dan siapa pula yang berjaya menumpaskan kuasa ilmu hitam ini?

Menurut Puan Nurul Aini Abu Bakar, Pengurus Besar Kumpulan, Kumpulan Pengurusan Jenama TV3 & TV9, “Sebenarnya ramai kalangan masyarakat bukan sahaja Cina dan India, malahan kaum Melayu sendiri sudah didedahkan dengan aktiviti berunsur judi seperti permainan tikam-tikam, seterusnya permainan komputer dan video dari zaman kanak-kanak sehinggakan apabila mencecah remaja mereka sudah biasa dengan perkara itu. Apa yang dikesalkan, orang kita tidak berfikir panjang tentang dosa dan akibat buruk yang timbul, tetapi lebih mementingkan wang ringgit sehingga sanggup mengadaikan maruah orang lain dan keluarga sendiri.”

“AMUKAN POCONG” menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Azhan Rani, Ezany, Iqram Dinzly, Elly Mazlin, Nabila Huda, Neelofa, Namron, Sharifah Sakinah, Izara Aisyah, Siti Elizad, Faralyna Idris dan ramai lagi.

  • No related posts.

  • Link to full article

    Không có nhận xét nào:

    Đăng nhận xét