Thứ Hai, 20 tháng 2, 2012

Takziah: Sakit Jantung Punca Latiff Ibrahim Meninggal Dunia

Takziah OHBULAN! ucapkan pada ahli keluarga Latiff Ibrahim yang telah kehilangan seorang insan yang telah banyak menghiburkan kita semua pada masa dulu.

Sebentar tadi, kami menerima informasi dari rakan media yang mengesahkan bahawa Latiff Ibrahim telah kembali ke rahmatullah. Pada 18 Disember yang lepas, dia dikejarkan ke Institut Jantung Negara (IJN) akibat serangan sakit jantung. Sehinggalah petang tadi akhirnya arwah telah pergi meninggalkan kita semua.

Untuk pengetahuan, arwah Latiff Ibrahim telah meninggal dunia pada kira-kira jam 6.05 petang tadi dan ini telah disahkan oleh Datuk Khadijah Ibrahim dan beberapa rakan media serta artis yang lain.

Terbaru dari sumber mengatakan, jenazah Allahyarham Latiff Ibrahim masih lagi di IJN. Jenazah akan dibawa ke AU3 Keramat pada jam 8 malam ini.

Mari kita sedekahkan Al-Fatihah kepada penyanyi dan juga  penghibur ini yang telah meninggalkan kita buat selama-lamanya. Amin.

Kredit Gambar : Rotikaya

  • No related posts.

  • Link to full article

    Không có nhận xét nào:

    Đăng nhận xét