Thứ Hai, 20 tháng 2, 2012

Filem “Fist Of Dragon” Punyai Keunikan Sendiri

Wow, itu yang mampu OHBULAN! ucapkan selepas menonton filem “Fist Of Dragon”!

Aksi dan skill berlawan yang ditonjolkan dalam filem ini benar-benar memukau mata penonton sehingga ada yang terbawa-bawa sehingga ke luar pawagam. Tidaklah sehebat filem luar, namun ianya satu percubaan yang bagus untuk pengarah tempatan. Mungkin satu hari nanti industri kita akan terus berkembang di mata dunia setaraf dengan kualiti filem lakonan Jet Li, Jackie Chan, ataupun Donnie Yen.

Buat pertama kalinya, tayangan premier sebuah filem menggandingkan pelakon-pelakon dari 3 buah negara iaitu Malaysia, Singapore dan China. Malam gala ini juga turut dihadiri oleh media lain dan juga bloggers-bloggers yang dijemput khas oleh pihak produksi.

Apa yang unik dalam filem “Fist Of Dragon” ialah ia telah diarahkan oleh pengarah dari Malaysia, Michael Chuah Ghiap Hun yang turut berlakon dalam filem ini. Untuk pengetahuan, Micheal Chuah juga dikenali sebagai “C2V”, anda pasti pernah baca komik Gempak kan? Filem ini turut menampilkan pelakon dari Singapore iaitu Fiona Xie, Henry Thia dan dari China, Wang Xiao Che.

Kami rasa, anda patut saksikan sendiri filem ini di pawagam! Masih sempat lagi! Cepattt!

  • No related posts.

  • Link to full article

    Không có nhận xét nào:

    Đăng nhận xét