Thứ Hai, 20 tháng 2, 2012

Video: Yuna Lancarkan MV Rasmi “Live Your Life”!

16 Februari yang lepas, Fader Label iaitu pihak yang bertanggungjawab terhadap Yuna telah melancarkan video rasmi lagu Yuna yang berjudul “Live Your Life” di laman Youtube.

Video yang berdurasi 3.17 minit ini memaparkan Yuna berlatarbelakangkan kota New York namun ia tidak mempunyai suara Dizzee Rascal seperti yang dilancarkan sebelum ini. Video ini hanya mengekalkan suara unik Yuna dan single terbaru ini hanya dilancarkan untuk album keluaran Yuna di Amerika Syarikat.

Apa yang pasti, video klip ini turut mempunyai unsur-unsur retro sama seperti video muzik Yuna yang lain-lain. Anda saksikan sendiri ya selepas ini!


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét