“Menceburi bidang perniagaan adalah mulia,” begitulah kata-kata Datuk Aziz Satar mengenai perniagaan Mee Rebus Singapura yang kini beroperasi di Rasta Taman Tun Dr. Ismail, baru-baru ini.
Menyebut penglibatannya dalam bidang perniagaan, Datuk Aziz Satar menyatakan idea tersebut berasal daripada cucunya.
“Cucu saya sendiri yang mengatakan bahawa dia ingin berniaga Mee Rebus Singapura. Mee Rebus Singapura diniagakan kerana ia tidak ditawarkan kepada pengunjung di Rasta ini, jadi tidaklah menganggu rezeki perniagaan makanan yang lain. Menyentuh pasal resepi pula, ia datangnya secara turun temurun daripada saya & adik saya yang turut memilik rangkaian kedai makan di Singapura,” ujarnya lagi.
Datuk Aziz Satar turut menyatakan perasaan bangganya terhadap anak muda yang ingin menceburi apa sahaja jenis perniagaan.
“Saya berada bangga apabila ramai anak muda kita kini lebih gemar berniaga daripada melepak. Apabila cucu saya menyuarakan hasrat untuk berniaga, saya sokong 100%. Mengenai jenama pula, ia bukanlah satu masalah untuk menggunakan nama saya. Lagi pun, perniagaan kecil-kecilan sebegini memang digalakkan oleh kerajaan, malah agama. Yang penting, saya menasihatkan cucu agar berniaga dengan jujur dan jangan menganiaya orang lain.”
Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét