Berita baik untuk para pembaca OHBULAN! semua, TV9 sudah menyediakan beberapa rancangan menarik untuk tontonan anda bermula 20 Februari dan kami pasti anda akan terhibur dengan slot 9X yang bakal mengetengahkan rancangan lain dari yang lain.
Keudara pada setiap hari Isnin hingga Rabu jam 10.30 malam, slot 9X menampilkan idea segar dan bernas ini yang sesuai dengan jiwa remaja yang sentiasa inginkan kelainan serta berkarya secara kreatif. Kali ini, TV9 yang mengambil pendekatan berbeza menerusi slot yang lebih menarik generasi muda untuk terus berkarya.
Antaranya ialah 2 buah drama bertajuk “Teenwold” dan “Pulau”. Apa yang menarik OHBULAN! disini ialah drama “Pulau” yang dibarisi oleh pelakon seperti Natasha Hudson dan juga Bront Palarae. Drama sebanyak 8 episod ini mengisahkan perjalanan sekumpulan remaja yang memenangi pakej pelancongan ke sebuah pula. Kemalangan menimpa mereka sewaktu dalam perjalanan ke pulau misteri tersebut. Untuk tahu lebih lanjut, jangan lupa saksikan nanti ya.
Sementara itu, rancangan berjudul “Soundcheck” dan “9X Mix Tape” pula bakal mengetengahkan bakat yang tersimpan pada generai muda zaman sekarang. “Soundcheck” akan turut dimeriahkan dengan rakaman siaran langsung persembahan kumpulan serta penyanyi yang sedang meningkat naik di industri hiburan tanahair. Nama-nama besar seperti Hujan, Shila Amzah, Awi Rafael, Tomok, Aizat Amdan, Monoloque serta ramai lagi akan ditampilkan dalam rancangan ini di samping paparan kisah suka duka mereka sepanjang bergelar anak seni.
Tidak mahu bercerita panjang, 20 Februari ini, slot 9X akan dimulakan dengan rancangan “Aizat Gegar NZ” yang menyaksikan kemesraan hubungan kekeluargaan Aizat Amdan sewaktu bercuti di New Zealand bersama 30 ahli keluarganya yang lain.
Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét