Thứ Năm, 1 tháng 3, 2012

Anwar: Toleransi dan keadilan teras keharmonian kaum

Keadilankini.Com

MANGALORE, 2 Mac:Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata adalah mustahak untuk menyuburkan keharmonian di antara kelompok yang berbeza kepercayaan dan etnik, terutamanya di negara seperti India dan Malaysia yang memiliki kemajmukan masyarakat.

Bercakap dalam satu sidang media di sini semalam, mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia itu menegaskan penganut sesuatu agama perlu memahami prinsip serta ajaran agama lain dengan minda terbuka dalam memastikan tidak berlaku salahfaham.

“Anda tidak sewajarnya terlibat mencabuli hak asasi manusia. Manusia tanpa mengira kategori perlu dilayan secara adil dan saksama,” ujar beliau.

Sambil merujuk kepada tragedi pembunuhan di wilayah Gujerat dan insiden perobohan kuil Hindu di Malaysia, beliau menegaskan bahawa dengan hanya melabel diri sendiri sebagai seorang moderat adalah tidak mencukupi namun apa yang penting adalah tindakan yang diambil perlu didasari atas prinsip keadilan dan menghormati hak-hak beragama untuk semua rakyat.

Ditanya mengenai kes ‘kehilangan’ hampir 40,000 rakyat India di Malaysia, Anwar menjelaskan bahawa wujud dua jenis pendatang iaitu pendatang sah dan pendatang haram, namun kedua-dua kumpulan ini perlu dilayan secara baik dan dengan perikemanusiaan.

“Di Malaysia terdapat undang-undang yang membenarkan hukuman rotan ke atas pendatang haram dan ianya dikecam hebat. Namun demikian, mereka ini dihukum kerana mereka adalah dari golongan miskin.

“Sekiranya kita mahu membasmi masalah pendatang haram, kita perlu bermula dengan membanteras rasuah yang berlaku dalam agensi-agensi yang menipu pendatang-pendatang miskin ini,” tegas beliau.

Ketika memuji komitmen India dalam mengukuhkan demokrasi dan kebebasan media, Anwar mendedahkan bahawa kezaliman dan autokrasi digunapakai di Malaysia atas alasan ‘Demokrasi’.

“Tiada kebebasan media di Malaysia. Media-media utama dikawal sepenuhnya oleh parti yang menguasai kerajaan,” kata beliau.

Anwar turut mempersoal tentang gejala rasuah yang semakin meluas serta jurang pendapatan yang semakin melebar di antara golongan miskin dan kaya di kedua-dua negara.

“Keperluan kelompok miskin dan terpinggir perlu ditangani terlebih dahulu,” tegas beliau.

Anwar yang berada di India untuk lawatan kerja dua hari ke Dakshina Kannada dijadualkan menyertai beberapa acara tertutup di Puttur sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur lewat petang semalam.

– Coastal Digest


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét