Biasanya kita dengar selebriti yang mahu berkahwin dan mendirikan rumah tangga, namun kali ini, pengarah filem box-office Ombak Rindu pula yang mengambil giliran untuk mendirikan rumah tangga bersama dengan seorang jurutera dari Sarawak.
Menurut Gua, Osman Ali akan bernikah dengan Aishah Sanai di kampung halaman isterinya itu di Bintulu, Sarawak. Manakalaa disebelah lelaki, majlis akan diadakan secara sederhana di kampung halaman Osman Ali, Pulau Langkawi.
Mereka berdua dikatakan sudah berkenalan lebih 3 tahun dan oleh kerana komitmen kerja yang tinggi, masing-masing terpaksa menangguhkan hasrat murni untuk berkahwin. Dalam kenyataan terbaru Osman Ali mengenai Aishah,
“Walaupun kami dalam dua bidang yang berbeza, saya di filem dan dia dalam bidang kejuruteraan tetapi kerana ada keserasian tersebut kita mampu untuk berkomunikasi dengan baik. Saya rasa itulah jodoh yang telah ditentukan oleh Allah. Sangat menarik bila kita saling berkongsi pengalaman masing-masing dalam kerjaya masing-masing. Dia juga banyak sokong kerjaya saya. Setiap kali ada idea baru untuk menghasilkan filem, saya akan berbincang dengannya. Dia banyak menyokong saya.”
Tahniah kami ucapkan kepada Osman Ali, semoga sukses dalam industri hiburan dan juga bahagia bersama bakal isteri hingga ke akhir hayat.
No related posts.
Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét