Thứ Hai, 5 tháng 3, 2012

MCA 2011: Peserta Malaysia, Sugu Kumareson Raih Tempat Ke-2!

Dalam kerjasama dengan label muzik, FENology dan HeavensGate, Music Conference Asia telah memberikan peluang sekali seumur hidup untuk menggubah trek popular berjudul “Heavenly” oleh Alex M.O.R.P.H. & Woody Van Eyden feat Kate Peters.

Dimulakan pada 1 Disember 2011, 65 penyertaan dari 22 buah negara di seluruh dunia telah berjaya ke peringkat akhir. Music Conference Asia (MCA), FENology Record dan HeavensGate telah memberikan masa hampir 3 minggu dalam proses penilaian dan perbincangan antara hakim-hakim; Woody Van Eyden, Alex Morph dan FENology Record. Jawatankuasa penghakiman akhirnya memutuskan bahawa pemenang ialah Craig Steven dari United Kingdom. Manakala Sugu Kumareson dari Malaysia mendapat tempat kedua dan Arsen Pogorilyi dari Ukraine mendapat tempat ketiga.

Kesemua 3 trek yang telah dipilih oleh para pengadil akan dimuatkan dalam album single khas “Heavenly” yang dilancarkan pada 19 Mac ini.

Untuk meraikan para pemenang, penganjur dari Global Sound Masters telah bekerjasama dengan Mist Club Kuala Lumpur untuk mengadakan sebuah parti sambutan khas Music Conference Asia pada 8 Mac ini bermula 9:30 malam.

Sekadar info, Music Conference Asia adalah sebuah acara berprestij yang mempersembahkan dj & produser dari seluruh dunia seperti Marcel Woods, Marcus Schossow, Marlo dan Richard Durrand. Tahun ini, MCA 2012 kembali semula atas permintaan ramai pada 28 April 2012 bertempat di Sepang.

Layari MCAsia.com untuk maklumat lanjut sekarang!

Related posts:

  1. K-Pop : Big Bang Ungguli Pencalonan Asia Pasifik, Berjaya Ke MTV EMA 2011 Kategori “World Act”!
  2. Projek Pistol Mewakili Malaysia Ke Hong Kong Asia Pop Music Festival
  3. Tiesto Bakal Menggegarkan Malaysia Pada 10 Disember 2011!
  4. Foto: Pilih Kasih 3 Ke Udara, Peserta Lebih Kacak & Cantik!
  5. 12 Peserta Sedia ‘Geletek’ Perut Penonton, Raja Lawak Musim Keenam Buat Pembaharuan!

Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét