Uish, terkejut OHBULAN! mendengar berita ini pagi tadi. Mana taknya, umum tahu yang Ratu Rock Negara ini sudah menjangka umur “4-Series”, tiba-tiba tiada angin dan ribut, dia dilaporkan sudah merancang untuk mengakhiri zaman bujang dan berkahwin dengan jejaka bernama “A”!
Menurut Gua, lelaki yang bakal menjadi pasangan hidup Ella ini masih lagi dirahsiakan. Namun begitu, lelaki ini dikatakan adalah seorang yang bekerjaya, kacak dan tinggi lampai. Sebelum ini, Ella dan jejaka hatinya ini pernah bercinta, namun putus kerana tidak sehaluan. Sudah takdir, kini mereka ditemukan semula untuk mewarnai hidup masing-masing. Amboi, macam novel cinta pula ya.\
Wahhh, maknanya kali ini Ella benar-benar akan berkahwin dan kepada semua peminat Ella diluar sana yang sudah lama memendam rasa, maka pendamlah lagi lama-lama. Kini, ratu rock negara akan pergi meninggalkan hati jejaka yang lara diluar sana. Itulah, 40 tahun Ella ‘single’, semua jual mahal, kan dah melepas.
Apa pun, jika benar Ella akan berkahwin, OHBULAN! ucapkan tahniah dan semoga bahagia hingga ke akhir hayat.
Related posts:
- Hans Isaac Realisasikan Impian Bikin Konsert Awie & Ella, Raja & Ratu Rock!
- Nabil Masuk Merisik Pramugari, Akan Akhiri Zaman Bujang?
- Sah, Tomok Bakal Berkahwin, Tamatkan Zaman Bujang Julai Ini.
- “Bekas” Ratu Kontroversi, Fasha Sandha Bakal Nikah Tahun Ini!
- (Panas) Mas AF2 Buka Cerita Sebenar Kisah Wad Gila, Rock Punca Segalanya
Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét