Thứ Tư, 7 tháng 3, 2012

Les’ Copaque Terbitkan Aplikasi Pocket Upin

Les’ Copaque Production bersama anak syarikatnya iaitu Les’ Copaque Games Development Inc. (LCGDI) baru saja menerbitkan aplikasi permainan untuk iOS iaitu Pocket Upin yang sudah pun berada di Apple Store bermula semalam. Aplikasi kedua ini merupakan kesinambungan dari aplikasi Pocket Ipin yang telah dimuat turun seramai lebih dari 4,000 pengguna iOS dari seluruh dunia.

Mirip kepada aplikasi Pocket Ipin, aplikasi ini juga membolehkan pengguna berinteraksi dan bermain dengan watak Upin secara digital. Upin boleh melakukan beberapa aksi comel seperti ketawa apabila disentuh ataupun terjatuh apabila pengguna menggoyangkan telefon. Lebih menarik, Pocket Upin turut disediakan dengan permainan mini hobi baru Upin iaitu menimbang bola. Dalam permainan ini, pengguna boleh membantu Upin mengawal dan menimbang bola serta mengumpul markah tertinggi.

Pocket Upin dijual dengan harga $0.99 di Apple AppStore dan boleh digunakan untuk iPod Touch, iPad dan juga iPhone.

Latest Update – Promo Kod sudah tiada, harap maklum.

Related posts:

  1. Pocket Ipin, Aplikasi Upin & Ipin Untuk Pengguna iPhone, iPod & iPad
  2. Upin & Ipin Kini Muncul Dalam Versi Mainan
  3. Sah! Disney Asia Tayang Animasi Upin & Ipin, Kini Setaraf Hollywood
  4. Gambar : Karnival Upin Ipin Di Johor Hujung Minggu Lepas.
  5. Les’ Copaque Bakal Keluarkan Siri Animasi Terbaru Bertajuk “Pada Zaman Dahulu”!

Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét