Thứ Tư, 22 tháng 2, 2012

KL International Jazz: David Sanborn Band Akan Ke Malaysia Mac Ini

Berita baik buat peminat-peminat David Sanborn ataupun kepada mereka yang suka bermain saxofon dan peminat muzik Jazz, David Sanborn Band bakal turun dan membuat persembahan di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) pada 6 Mac ini.

David Sanborn yang dilahirkan di Florida bukan sahaja mempunyai bakat bermain alat muzik seperti saxofon, namun dia juga mampu bermain dalam pelbagai genre muzik dan pernah menyertai siri jelajah bersama Stevie Wonder. Tidak cukup dengan itu, dia juga pernah menyertai jelajah bersama David Bowie dan membuat persembahan bersama The Rolling Stones.

Mempunyai profail yang mantap, David Sanborn telah menghasilkan 24 buah album sepanjang hampir 30 tahun penglibatannya dalam dunia muzik. Dia juga pernah memenangi 6 Grammy Awards, 8 buah album emas, dan 1 album platinum. Persembahannya pada 6 Mac ini adalah sebagai pembukaan kepada KL International Jazz Festival 2012 yang akan berlangsung pada 18 – 20 Mei 2012.

Jadi, jika anda meminati David Sanborn Band, anda sudah boleh mula mendapatkan tiket dengan harga serendah RM98 sekarang. Ataupun anda boleh layari Ticket Pro untuk maklumat lanjut mengenai harga tiket.

Sempena hari pernikahan Lisa Surihani dan Yusry yang akan berlangsung malam ini, mari kita dengarkan sebuah lagu berjudul “Lisa” – David Sanborn selepas ini!


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét