Thứ Tư, 22 tháng 2, 2012

Jason Mraz Kembali Dengan Single “I Wont Give Up”

Jason Mraz dalam pelancaran album EP terbaru berjudul ‘Love Is A Four Letter Word” mempertaruhkan single pop berjudul “I Won’t Give Up” yang telah memecahkan rekod sebagai lagu paling digemari di stesen radio Hot AC. Lagu ini juga membuat debut di tangga no. #1 carta Billboard “Digital Songs” selama seminggu sebelum dilancarkan pada Januari lepas. Ia mengantikan lagu debut daripada Lil Wayne – She Will (Feat Drake) yang pernah berkongsi kedudukan berkenaan pada Ogos 2011.

Selain itu, jumlah kutipan jualan ‘I Won’t Give Up’ telah mencecah 500 000 sekaligus mengukuhkan kedudukan lagu ini sebagai #1 di laman iTunes dibawah kategori “Top Songs” dan “Top Pop Songs”.

Kemunculan kembali Jason Mraz turun mendapat perhatian dan pujian daripada selebriti ternama seperti Ellen DeGeneres, Colbie Callait, Rob Thomas, Perez Hiltan dan Lady Antebellum melalui laman tweet mereka berkenaan lagu ‘I Won’t Give Up. Manakala, video lirik lagu ini turut menerima sejumlah 8 juta tontonan di laman rasmi Youtube Jasob Mraz

Sebagai salah satu langkah promosi, Jason Mraz turut mengadakan pertandingan foto dimana hampir 7000 foto telah dimuatnaik ke laman Instagram sebagai salah satu interpretasi kepada judul lagu ‘I Won’t Give Up’. Selebriti ternama seperti Selena Gomez dan Randy Jackson juga tidak melepaskan peluang menghantar penyertaan mereka.

Album EP ini secara rasmi akan dilancarkan ke seluruh dunia pada 17 April, tahun ini.

  • No related posts.

  • Link to full article

    Không có nhận xét nào:

    Đăng nhận xét