Thứ Tư, 22 tháng 2, 2012

Pilih Kasih 3: Aada Zara Peserta Pertama Disingkirkan

Dalam setiap pertandingan, sudah adat pasti akan ada yang tersingkir. Mungkin kerana tidak cukup aura atau kurang menonjol, Aada Zara menjadi peserta pertama disingkirkan dari Pentas Pilih Kasih 3.

Menurut Rosyam Nor, “Saya memilih Aada atas faktor undian. Dia punya bakat, namun saya terpaksa membuat keputusan untuk menyingkir satu dari tiga terendah. Saya juga yakin dengan kemampuan Aada Zara dan mendoakan kejayaan beliau di luar sana.”

Tidak akan berhenti di sini, masih panjang perjalanan bagi peserta-peserta Pilih Kasih. Masing-masing perlu berusaha lebih gigih untuk memikat bukan sahaja hati Prof Madya Dr Abu Hassan, Seniwati Fauziah Nawi, Rosyam Nor, Umie Aida serta Erra Fazira malah juga hati pengundi-pengundi.

Jika sebelum ini peserta dikritik teruk sewaktu monolog, namun itu tidak menjadi alasan untuk mereka terus mempersembahkan teater pula. Teater komedi mereka berjaya menghiburkan penonton dengan pelbagai watak yang tidak disangka-sangka. Ai Iqmal muncul sebagai monyet manakala Hakim Yazid pula sebagai keldai Putera Kobis lakonan Fareth Agang . Kostum serta props dan gerak tari yang lincah menghangatkan lagi persembahan mereka.

OHBULAN! sangat yakin bahawa Pentas Pilih Kasih kali ini mampu menghasilkan bakat yang lebih menonjol dari sebelumnya. Jadi, anda jangan pula lupa untuk saksikan rancangan ini ya!

  • No related posts.

  • Link to full article

    Không có nhận xét nào:

    Đăng nhận xét